Wednesday, March 2, 2011

SIAPA SIR ALEX FERGUSON ?

Siapa peminat sukan bolasepak yang tak kenal Ferguson boleh diibaratkan katak di bawah tempurung. Selain hebat dan popular mencatur strategi permainan untuk Manchester United. Mulut dia turut ikut sama popularnya. Jika game memihak kepada Man Utd, dia senyap. Namun, jika berlaku sebaliknya, inilah akan berlaku. Berikut adalah quote Ferguson yang popular mengutuk mutu pengadilan FA:

vs  Chelsea, Mac 2011

"Kami bertahan untuk gol pertama. Macam mana Martin Atkinson boleh bagi penalti kepada Chelsea. Sudah 3 tahun kami menderita di Stamford Bridge. Semuanya gara-gara pengadil. Mereka akan mengadili perlawanan setiap minggu, jadi inikah mutu mereka?"

vs Sunderland, Oktober 2009

"Kecergasan untuk para pemain dan pengadil amat dituntut dalam game yang pantas. Dia, Alan Wiley tidak cergas. Ia membantut permainan kami. Di England banyak lagi pengadil yang cergas. Kenapa dia dipilih? Dia mengambil masa 30 saat hanya untut melayangkan kad. Macam berehat pula."

vs Birmingham City, Disember 2008

"Ia adalah handball, foul di tengah padang. Jika pengadil tak boleh nampak, apa lagi peluang yang kamu ada? Sebab itu kami memerlukan pengadil yang boleh nampak segala perkara yang berlaku di atas padang." 

vs Portsmouth, Mac 2008

"Keith Hackett harus menjawab segala persoalan. Dia tidak lakukan kerja dengan betul. Martin Atkinson mengadili perlawanan dengan begitu teruk."

vs Bolton Wanderers, November 2007

"Saya dan beritahu Mark Clattenburg apa yang saya rasakan tetapi dia tak mahu dengar. Sesetengah pengadil tidak dengar cakap. Kami harus mendapat perlindungan daripada pengadil, namun kami seolah-olah kena bermain lawan mereka juga."


Erm, tetapi jika game memihak kepada Manchester United, tiada pula pujian untuk pengadil. Aku rasa pengadil pun akan benci Manchester United selepas ini. LOL.

No comments:

Post a Comment

 
coompax-digital magazine