Sunday, March 27, 2011

SIAPA JAVIER PASTORE ?

Javier Matías Pastore dilahirkan pada 20 Jun 1989, merupakan pemain bolasepak dari Argentina dan kini bermain di Serie A iaitu Palermo. Dia seorang attacking midfielder, macam Lampard jugak cuma mempunyai kelebihan gelecek dan ketinggian 1.89 meter. Teamwork Pastore pun memang terbaik dan tidak berlagak macam Neymar. Meskipun ramai memuji aksi Neymar, namun bagi aku, Neymar diibaratkan seperti Mario Balotelli. Sukar bekerjasama serta keras kepala. 

Ok, berbalik kepada Pastore. Mamat ni pernah dapat anugerah Pemain Muda Terbaik di Serie A untuk 2010. Kalau nak diikutkan, kontrak Pastore ni akan tamat pada 30 Jun 2014. Jadi, itu sudah membuktikan kemampuannya. Apa pun, sila layan klip video aksi Pastore kat bawah yer. =)






As requested by aQi + GenGkey. =D

No comments:

Post a Comment

 
coompax-digital magazine