Wednesday, February 23, 2011

CHELSEA ADA PENYERANG TERBAIK EROPAH

Carlo Ancelotti mendakwa Chelsea sudah mempunyai jentera serangan yang terbaik di Eropah apabila Anelka serta Torres mempamerkan aksi mantap aawal pagi tadi. Meskipun Torres tidak menjaringkan sebarang gol, Ancelotti berbangga dengan sumbangan Torres. Beliau berkata :


"Saya rasa kami dah ada pemain penyerang terbaik di Eropah. Mereka merupakan pemain yang mantap. Didier direhatkan kerana dia telah bermain 120 minit untuk FA Cup. Dia menerima keputusan saya. Aksi Torres pula amat bagus. Jelas memang ada kekecewaan sebab dia gagal jaringkan gol namun ia tidak penting. Kerjasama antara dia dan Anelka menjadi. Dia akan hasilkan gol ketika menentang Man Utd nanti."

Wah, hati-hati Man Utd. Lepas ini korang kena marking elok-elok Torres, Drogba dan Anelka. =)

No comments:

Post a Comment

 
coompax-digital magazine