Tuesday, February 22, 2011

ANCELOTTI PASRAH

Selepas kalah penentuan sepakan penalti dengan Everton tempoh hari, Ancelotti kini hanya mempunyai Champions League untuk dijadikan sasaran bagi musim ini. Selain itu juga, Champions League mungkin penyelamat karier Ancelotti di Chelsea. Namun, beliau berkata :


"Saya tak perlu bimbang kedudukan saya, Ia terletak pada budi bicara Abramovich. Setiap kali pasukan gagal, semestinya manager akan berasa tertekan. Ini adat bolasepak. Namun, saya berbangga sebab mendapat sokongan penuh daripada kelab serta para pemain. Bersama-sama, kami mampu berubah."

Kemampuan Chelsea bakal teruji dengan pertemuan menentang Copenhagen pada Rabu, 3.45 pagi waktu Malaysia. Seminggu lepas itu, kita akan menerima kunjungan kehormat daripada  pendahulu liga, Manchester United. Mampukah Chelsea bersaing?

KTBFFH

No comments:

Post a Comment

 
coompax-digital magazine